Perancangan Harta Islam - Maklumat lanjut, sila hubungi 017 582 0308

Saturday, October 16, 2010

Usia


usia umpama harta.  bukan banyaknya yg menjadi perhitungan tetapi keberkatannya. harta yg berkat, sedikitpun mencukupi. banyaknya, boleh diagih-agihkan. begitulah usia yg berkat, pendeknya bermanfaat, panjangnya melimpahkan kebaktian.

Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai hal ini, sila dapatkan majalah SOLUSI ISU ke 24.

Sila hubungi 0175820308 atau layaru http://www.stormreaders.net/TOKOMAMAT

Tuesday, October 12, 2010

As-salihin Trustees Berhad



Mengapa as-Salihin?

Berkekalan/Berterusan

as-Salihin adalah sebuah syarikat amanah dan sebuah syarikat yang berterusan. Dengan kakitangan sepenuh masa, akan sentiasa memastikan kesinambungan dalam proses pentadbiran hingga pembahagian harta yang terakhir.

Bertanggungjawab dan Adil

Tidak seperti pemegang amanah individu, as-Salihin sebagai badan yang dikawal oleh undang-undang mesti memastikan wang yang diamanahkan diurus, dijaga serta diagihkan dengan baik. Selain itu, sebagai badan korporat, as-Salihin bebas dan adil kepada semua benefisiari berbanding pemegang amanah individu yang mungkin mempunyai hubungan serta terikat dengan emosi terhadap benefisiari.

Profesional dan Kemampuan

Dengan melantik as-Salihin , anda pasti berpuas hati dengan profesional dan kemampuan untuk menjalankan keseluruhan pentadbiran pada kos yang berpatutan.

Pengecualian daripada Bon Pentadbiran

Wasi adalah individu yang dilantik di dalam Wasiat untuk mengendalikan arahan dan kehendak Pewasiat. Sekiranya berwasiat, Bon Pentadbiran diperlukan jika tiada Wasi, di mana pentadbir akan dilantik dan diberi Surat Kuasa Mentadbir dengan Wasiat. Bon Pentadbiran diperlukan jika nilai kasar harta pusaka melebihi RM50,000 kecuali Syarikat Amanah dilantik sebagai Pentadbir. Sebagai Syarikat Amanah, as-Salihin dikecualikan daripada keperluan Bon Pentadbiran.

Proses Undang-Undang yang Segera

Dengan melantik as-Salihin sebagai Wasi anda, proses undang-undang untuk mentadbir harta anda selepas kematian dapat dijalankan dalam masa yang singkat dan tiada pertelingkahan untuk melantik pentadbir harta.

Kemudahan

Di as-Salihin kami menyediakan perkhidmatan untuk kemudahan anda - Perancang Harta Islam kami bersiap sedia membantu anda pada bila-bila masa dan di tempat bersesuaian dengan anda.

Sunday, October 10, 2010

Konsep@Kaedah Perancangan Harta

Harta memberi banyak maksud. Harta komersial yg boleh dimiliki cth estet getah, estet kelapa sawit. Dalam sudut lain, harta yang seseorang itu ada mempunyai hak ke atas faedahnya. Oleh itu, tak hairanlah kita biasa dengar orang berkata, "harta yg bernilai"; "semua harta aku" dan lain-lain ungkapan yg menunjukkan pemilikan.

Walaubagaimanapun, dalam perancangan harta, perkataan harta bermaksud, semua jenis harta termasuklah hutang -piutang. Bukanlah kita nak menimbulkan keresahan, tetapi itulah indahnya Islam, diaturkan urusan manusia ini dalam bab-bab perancangan harta untuk memastikan bahwa hasrat terakhir seseorang itu terlaksana mengikut hukum syarak selepas kematiannya.

Hubungi saya jika pembaca ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Konsep@Kaedah Perancangan Harta ini di talian 017 582 0308; saya bersedia utk berjumpa dan berkongsi ilmu yg ada; insyallah.