Perancangan Harta Islam - Maklumat lanjut, sila hubungi 017 582 0308

Saturday, October 23, 2010

sewaan buku

Buku pertama yang ditawarkan utk sewaan oleh TOKOMAMAT. Sewaan RM15 selama 21 hari @ 3 minggu. denda lewat tiada, dianggap sambung lagi seminggu atau 7 hari dgn tambahan RM7 dibayar semasa serahan. 

Syamail Muhammad s.a.w. ialah himpunan hadis oleh Imam al-Tirmizi tentang Rasulullah s.a.w. dalam 5 aspek kehidupan Baginda iaitu:
  1. FIZIKAL: Tanda kenabian, rambut, uban, celak, berbekam, pakaian, aksesori, kasut, sandal, cincin, pedang, baju besi, pelindung kepala, serban, sarung dan tempat tidur.
  2. PERILAKU: Cara berjalan, duduk, bersandar, bertopang, tidur, makan, jenis roti, lauk, gelas minum dan buah-buahan.
  3. IBADAH: Wuduk, doa, wangi-wangian, solat Dhuha, solat sunat di rumah, puasa dan membaca al-Quran.
  4. PERHUBUNGAN & AKHLAK: Berbicara, ketawa, bergurau, bersyair, berbual, bersifat tawaduk, rasa malu dan tangisan.
  5. PENGHIDUPAN: Nama-nama Rasulullah, penghidupan, usia, kewafatan, warisan dan mimpi melihat Rasulullah.

Wednesday, October 20, 2010

20.10.2010 Pelancaran Perkhidmatan Sewa Buku & Novel Terpilih

TOKOMAMAT ingin mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua kenalan dan pelanggan setia yang telah menaruh kepercayaan dan memberi sokongan moral dan kewangan dan membantu dalam merancakkan jualan buku/novel/majalah dll. Maklumbalas dan nasehat yang telah diberi oleh kenalan amat TOKOMAMAT hargai dalam mempelbagaikan skop perniagaan. 

Maka, pada hari ini; 20.10.2010 TOKOMAMAT melancarkan PERKHIDMATAN SEWA BUKU & NOVEL untuk bahan cetakan terpilih. Mekanisma bagaimana bentuk sewaan, berapa caj yg akan dikenakan dan lain-lain perkara berkaitan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.  

Semoga dengan adanya perkhidmatan ini, maka, kita semua akan mendapat akses terutama kepada kitab-kitab agama bagi memantapkan lagi kehidupan seharian, insyallah.

Indahnya Amalan Doa - Dato Ismail Kamus

Buku “INDAHNYA AMALAN DOA” diterbitkan se­bagai susulan kepada buku beliau INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT yang telah mendapat sambutan di luar dugaan daripada pem­baca khasnya dan seluruh umat Islam am­nya.
Doa adalah antara ajaran Islam yang terpenting yang menjadi tunjang atau tu­lang belakang kepada ajaran akidah Islami­ah kerana rapatnya hubungan doa dengan kekuasaan Allah SWT, Tuhan yang menjadi­kan dan mentadbir alam ini. Doa boleh mengubah persepsi hidup seorang insan daripada seorang yang lemah serta tidak berdaya maju menjadi seorang yang bermotivasi tinggi dan bekerja keras. Malah sebahagian daripada kejayaan yang di­capai oleh orang bukan Islam adalah daripada pegangan dan keyakinan doa yang mereka panjatkan kepada “Tuhan” mereka walaupun pada hakikatnya Allah SWT jua yang menyempurnakan permintaan dan hajat mereka itu.

harga cuma RM35.00 sahaja. layari http://www.stormreaders.net/TOKOMAMAT atau hubungi 0175820308 utk belian dan hantaran di sekitar Ipoh

Monday, October 18, 2010

Pentadbiran Harta Pusaka Yg Tiada Wasiat

Apabila seseorang meninggal dunia tanpa Wasiat, seorang pentadbir atau beberapa orang pentadbir mestilah dilantik untuk mentadbir harta simati iaitu dia akan menghimpunkan semua aset serta liabiliti simati serta mengagihkan lebihan harta simati menurut Syari’ah setelah menyelesaikan hutang-hutangnya.
Prosedur atau kaedah mentadbir, memohon, melantik dan tugas-tugas serta tanggungjawab pentadbir adalah mengikut peruntukkan undang-undang yang boleh di dapati didalam Akta Probet dan Pentabiran 1959.
Sebenarnya, pentadbiran harta pusaka adalah tugas yang berat bagi Wasi yang dilantik di dalam Wasiat dan memilih pentadbir yang salah akan menyebabkan benefisiari berada dalam keadaan menderita.
Masalah yang berpanjangan mengenai perlantikan pentadbir akan berlaku, contohnya mengenai permohonan di bawah Seksyen 35 Akta Probet dan Pentadbiran 1959 yang memerlukan dua orang penjamin untuk mentadbir harta pusaka kecuali dalam keadaan tertentu. Jaminan yang perlu diberi adalah bernilai sama dengan nilai kasar harta pusaka simati. Walau bagaimanapun, Syarikat Amanah boleh mentadbir tanpa perlu mengemukakan penjamin.
Di as-Salihin kami mempunyai kepakaran dan pengalaman untuk menjalankan tanggungjawab yang berat untuk mentadbir harta pusaka, tugas kami termasuklah yang berikut :
  • Mengenalpasti aset dan liabiliti simati samada di Malaysia atau luar negara
  • Mengenalpasti orang yang berhak ke atas harta pusaka
  • Memohon sijil Faraid daripada pihak yang berkuasa
  • Mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir
  • Membayar hutang
  • Menguruskan urusan cukai dan liabiliti
  • Mengagihkan harta pusaka kepada benefisiari mengikut Faraid
  • Menyediakan semua akaun serta dokumen yang berkaitan

Deklarasi Harta Sepencarian

Harta yang diperolehi oleh suami dan isteri semasa perkahwinan yang sah berkuatkuasa di dalam keadaan tertentu boleh dianggap sebagai "Harta Sepencarian" Oleh itu, pasangan suami/isteri yang masih hidup berhak untuk menuntut harta sepencarian dalam bahagian harta simati sebelum pembahagian harta mengikut prinsip Faraid dibuat.

Bukanlah satu perkara yang luarbiasa bagi sebahagian benefisiari-benefisiari yang masih hidup menuntut harta sepencarian daripada harta suami atau isterinya yang telah meninggal dunia. Oleh itu bagi menghindari sebarang perasaan tidak puas hati dan perselisihan yang mungkin timbul berhubung isu ini selepas kematian pewasiat, as-Salihin menyediakan dokumen deklarasi harta sepencarian yang mana ia akan dapat mengurangkan kesukaran yang mungkin timbul berhubung isu ini pada masa akan datang.

Untuk maklumat lanjut mengenai Deklarasi Harta Sepencarian ini dan Pengurusan Harta Islam, sila hubungi 017 582 0308.

pelancaran group stormreaders lembah klang awal 2010



 sempat bergambar dgn ustaz zahazan semasa pelancaran stormreaders group lembah klang awal tahun 2010 yang lalu. antara yg hadir termasuklah jutawan internet saudara ifran khairi, ustaz zamri. kebanyakannya ahli keluarga penulis dari telaga biru sdn bhd

Sunday, October 17, 2010

utk kawan yg sorang tu...

rayuan cinta buat isteriku

Isteri solehah - kemunculannya dalam hidup adalah satu keinginan dan memilikinya pula adalah satu hadiah paling mahal yang amat berharga dianugerahkan oleh Allah SWT buat para Mukmin yang soleh. Nukilan berupa lembaran-lembaran warkah ini barangkali berbentuk monolog rayuan cinta dari lubuk sanubari lelaki yang bergelar seorang suami kepada seorang isteri. Monolog rayuan yang terbit daripada suara hati yang paling rawan, terdalam dan terhalus tidak mampu diterbitkan melalui kata-kata lantaran sifat pendiam yang dominan dalam jiwa seorang lelaki. Lantas di lembaran-lembaran bisu inilah menjadi saksi terjemahannya. Harga cuma RM4.00 jer
layari http://www.stormreaders.net/TOKOMAMAT untuk belian buku-buku dari penerbit seperti galeri ilmu, ana muslim, pts, pustaka ibnu katsir, telaga biru

KISAH HAIWAN MADINAH & MAKKAH

Kisah Haiwan Zaman Rasulullah SAW ini mengandungi 2 set buku iaitu -

Buku 1 - Haiwan Di Makkah • Gajah Raja Abrahah • Keldai Halimatus Saadiah • Unta Jelmaan • Buraq Israk Mikraj • Ketua Ular Makkah

Buku 2 - Haiwan Di MadinahMerpati Gua Thur • Kuda Surakah • Kambing Betina Mukjizat Nabi • Unta Betina Tunggangan Rasulullah • Kambing Biri-biri Beracun
Semua haiwan ini pernah bertemu atau hidup pada zaman Rasulullah SAW. Penulisnya menyelami diri haiwan tersebut dan menceritakan apa yang dialami ketika bersama Rasulullah. Adik-adik akan bertemu dengan peristiwa yang belum pernah adik-adik dengar. Ini bukan dongengan Sang Kancil, tetapi peristiwa sebenar yang berlaku pada diri Rasulullah. harga RM45.00 sahaja

SENJATA MUKMIN

Buku ini perlu dimiliki oleh setiap umat Islam kerana ia menghimpunkan amalan penting dalam kehidupan seharian. Sebagai orang Ajam di Nusantara ini, bahasa Arab bukan menjadi bahasa ibunda kita. Maka teks amalan perlu dibaca dan dibuat rujukan dari masa ke semasa dalam proses menghafal dan dijadikan penghayatan hidup. Antara isi kandungan buku ini ialah seperti
• Doa dalam majlis rasmi. • Doa amalan harian. • Fadilat ayat-ayat tertentu dalam al-Quran. • Doa daripada al-Quran dan hadis Nabi SAW. • Doa selepas solat. • Amalan rawatan perubatan Islam. • Himpunan selawat Nabi. • Zikir pagi dan petang. • Zikir Munajat. • Asmaul Husna. • Teks nazam berzanji dan alunan selawat. • Surah-surah pilihan dan lain-lain. 

Boleh didapati melalui TOKOMAMAT atau secara online di http://www.stormreaders.net/TOKOMAMAT